Pages

Saturday, December 28, 2013

Apple Crumble Pie

Assalamu'alaikum readers!

I'm back with yet another recipe!! Ahaks, menyampah je korang kan. Tapi seriously, cuba korang try recipe ni, senang je.

Meh kita buat inti dulu. Gaulkan:   
1 pound epal hijau/merah/kuning/rainbow okay tak lawak. (dalam empat biji gitu)
Secubit serbuk kayu manis
2 oz. brown sugar
1 tbsp. tepung gandum (nak bagi pekat)  

For the crumble on top, ramaskan:  
4 oz. brown sugar
7 oz. butter
300 g tepung gandum

Nak buat custard sauce, masakkan atas api sampai pekat: 
2 sudu tepung kastard
1/2 tin susu cair
1 tin air biasa
2 sudu gula putih

Next: 
Masukkan inti dalam loyang, then cover it with the crumble. Jangan tekan the crumble.
Then bake it pada suhu 180 C for 40 minutes.
Let it cool before serving with custard sauce.

Hasilnya... (without the custard sauce though) 






Thursday, December 26, 2013

Beca

Assalamu'alaikum sekalian manusia yang melawat bloggie yang tak berapa nak ada pengunjung ni!

WARNING: Entri kali ini penuh dengan bahasa rojak yang melampau. Andai kata anda merupakan pejuang bahasa jiwa bangsa, sila beredar sekarang. Jangan cakap saya tak kasi warning ye.

Today's ranting is merujuk to the tajuk above ya kawan-kawan. So nak dijadikan cerita, my family went to Segamat the other day untuk menghadiri my cousin's kenduri engagement. Alang-alang dah travelling, singgahlah Melaka, nak jalan-jalan coz we didn't go anywhere yet for the holidays. Okay, nampak sangat menipu. Ada la balik kampung, pergi shopping, but I mean we didn't go melancong and stuff.

Melaka dah lain from what I remember. Last time pergi like 5 years ago, maybe? Mesti korang semua dah facepalm, obviously la dah berubah wei! What do you expect? Still macam zaman Alfonso de Albuquerque? (jetjet pandai sejarah).

One thing yang saya nampak perubahannya yang ketara is the beca. Bukan the other things tak berubah, cuma the beca is the only thing that I took note. Terserlah ketidakpekaan to details.

Kinda sad though, sebab beca tu macam dah hilang the authenticity. Dulu hias simple je, setakat fake flowers (highlight fake) je. Sekarang dah maju, ada lampu-lampu neon, Hello Kitty decorations and all that stuff. Not to mention the speakers blaring pop songs. Hindustan, Indonesia, English, Korea, sebut je. Semua lagu keluar.

To be honest, I don't really like it. I mean, fake flowers though fake, still macam sedap mata memandang. Natural gitu. Hello Kitty? Not really a Malaysian icon. Tapi rasanya kalau letak patung Upin Ipin pun tak adalah lawa jugak. The music tu part yang paling tak boleh tahan tu. Mana-mana pergi dengar lagu si Tegar tu. Tetiba keluar lagu Pink. I mean, people want to suck in the pure authenticity of Malaysia's historical city, you know. Ini dah macam night club.

Just saying. I still think Malacca is fab, despite everything I just wrote. Please don't saman me.



Sunday, December 15, 2013

M.A.P.O.F.

Assalamu'alaikum semua!!  ^.^ <-- jetjet kiut dengan emoticon di sebelah

M.A.P.O.F. yakni Most Annoying People On Facebook  > credits to nigahiga <

1. Status bagi salam
Contoh: Assalamu'alaikum facebookers! Tak jawab dosa!
Okay, mungkin korang ikhlas nak mendoakan kesejahteraan ke atas sekalian manusia. Tapi kekadang saya rasa macam status macam ni sekadar propaganda nak pancing comment dan like. - terserlah keburuk-sangkaan -

2. Status jiwang karat 
Contoh: ur my WORLD  #Mamat'sOwn's #TillJannah
Alright, I get it yang korang ni manusia teramatlah romantik dan tak mampu memendam perasaan kasih tahap maksima korang terhadap insan tersayang yakni pakwe atau makwe. But you don't have to display your overflowing affection all over my news feed. Paling annoying yang till jannah tu. Apakah?

3. Status bahasa alien 
Contoh: m0rnink krunk! :* :* cyunk gler si dye :*
Translation: Morning korang! Sayang gila si dia
Heart attack cikgu BM korang baca. Saya pun tak adalah pakai bahasa baku, pakai jugak bahasa sms. Tapi ini? Haisyy dunia.

4. Game request 
Excited tengok banyak notification. Sekali penuh game je. Seriously, do I look like I play Ninja Saga on a daily basis? Yang paling rasa nak hempuk bila Si Pulan invited you to play Who is Your Secret Crush? Puh-lease lah.

5. Selfie entah apa-apa 
Selfie dah berjaya jadi Word of the Year 2013!! *applause* So jom kita raikan dengan selfie gedik-gedik! Yang paling popular : duckface, kembungkan pipi, terjuih bibir, muka sedih etc.

6. Caption merendah diri 
Bukan nak suruh meninggi diri, tapi annoying la caption macam ' kte x cantek mcm kowrg, simple jer'. Padahal gambar macam point kelima yang telah disebutkan tadi.

7. Papan iklan 
Contoh: yes yes yes dapat lagi RM10 kredit percuma.. hehe jom dapatkan kredit free hehe x nak cuba x paksa ... , jom cuba sendiri,Trylah! , bagaimanacaranya ? ni dia link tu www.sekiansekian.com 
Apa masalah korang ni? Haisyy.

Pesanan khidmat masyarakat: gunakanlah laman muka buku dengan sebaik-baiknya.





Sunday, December 8, 2013

Keciknya.

Assalamu'alaikum semua. (rasa macam gedik sangat/jetjet hot cakap salam sayang. udahlah tak ada makna. bawak-bawakler bertaubat)

Sebelum kita ke tajuk utama, izinkan daku ahh tak payah minta izin korang ini belog aku sukahati aku lah mwahahahaha gelak evil villain okey dah. As I was saying, saya nak membebel dulu.

 Mathematics Sub-topics Folio (kaaaaan? ada ke maths kena buat folio)
IGSCE Cambridge Checkpoint Folio (ahahaha copy paste direct daripada Internet)
Folio Latihan Pengukuhan Geografi (errghh I hate you)
Global Perspective Video on tokoh Islam (haisyy)
5 videos that require you to interview orang tua pasal zaman Jepun/ Komunis secara berkumpulan. (apakah? group work masa cuti?)

Dengan bangganya dah siap semua kecuali group work. Yang menyumbang kepada 10% markah Sejarah and English next semester. Yang kena submit 31 Disember. Yang satu habuk pun tak start lagi. aughhh.

Kembali kepada topik utama.

Hari tu saya pergi somewhere. Tempat tu besaq gila bakhang. And then saya nak pergi solat Asar. Pergi surau dia dan terkesima. Nak tahu kenapa? Sila rujuk tajuk.

Ada satu tap je untuk ambik wudhuk, resulting in a super long line.
Surau dia just satu bilik kecik ni yang boleh squeeze in enam orang kot untuk solat.
Kiblat menghadap pintu, menyebabkan orang serba salah nak masuk.
Not to mention rack telekung yang menyempitkan ruang lagi.
Nak ruku' takut je tergolek orang di belakang.
I can't imagine how it would be masa Maghrib.
*membayangkan tin sardin*

Tak nak komen dah.


Thursday, November 28, 2013

Kuih Batik

Salam sayang semua...

Haisy.. saya ni asyik post resepi je. Nak buat macam mana, terlebih rajin di dapur, kan. Okey, saya excuse korang untuk pergi muntah. Dah balik? Maka dengan itu, saya nak share resepi kuih batik pulak.

Pastikan korang ada...
500 g biskut marie
250g butter
2 cawan gula putih
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
2 sudu susu pekat

Cara-caranya....
1. Pecahkan biskut marie, tapi jangan halus sangat.
2. Pukul butter dengan gula sampai sebati.
3. Campurkan koko dengan sedikit air, lepas tu masukkan telur, susu dan gula dengan butter tadi.
4. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana sampai pekat.
5. Tuangkan atas biskut marie dan ratakan.
6. Masukkan dalam loyang kuih dan sejukkan.

Hasilnya....


Tuesday, November 26, 2013

Pudding Roti

Salam sayang semua...

Sharing is caring. Maka dengan tersebutlah ayat itu, saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan anda satu resepi istimewa iaitu.... *drum roll* PUDDING ROTI! *applause*

Baiklah tuan tuan dan puan puan, meh kita survey sikit bahan-bahannya.
8 keping roti putih (biasanya guna Gardenia)
Susu secukupnya untuk rendam roti (biasanya guna Dutch Lady)
1 biji epal diparut (tak kisahlah nak warna hijau ke merah ke kuning ke sukahatilah)
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur ayam dipukul
1 biji pisang (optional)

Cara-cara nak buat mudah je..
1. Rendam roti dalam susu.
2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan gaulkan sampai roti hancur.
3. Masak atas api sederhana sampai susu kering.
4. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Sekian, terima kasih.

Friday, November 22, 2013

Oatmeal Cookies

Salam sayang semua...

Okay, di sini saya nak share recipe oatmeal cookies yang saya jumpa dan dah ubah suai sikit..

Kita perlukan..
1 cawan tepung gandum
4 sudu besar butter
1/2 cawan gula putih
1/4 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1 1/3 cawan oat
1 biji epal diparut
1/2 cawan kismis/ apa-apa buah kering

Jom buat...
1. Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.
2. Dalam mangkuk lain, pukul butter dengan gula sampai sebati. Kemudian, campurkan brown sugar, telur, epal dan vanila.
3. Gaulkan kedua-dua adunan, dan masukkan oat dan buah kering.
4. Sudukan atas baking sheet/ greased tray.
5. Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 180 C.

SIAPPP!!

Hasilnya...

Friday, October 18, 2013

30 Amalan Kebaikan

Salam sayang semua..

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai hukuman 30 Amalan Kebaikan. Alkisah bermula pada Jumaat, 27 September 2013...

"Cepat, nanti beratur panjang!"
Fenomena biasa bila nak outing. Kalau lambat, naya la beratur panjang nak dapatkan tandatangan warden sebelum keluar.
"Ala, tak ramai kot. Orang pulang bermalam."
2 hari setengah je cuti, rumah dahlah jauh, memang tak pulang bermalamlah saya. Jadi mestilah nak outing, lepas gian tak balik walaupun sebenarnya tak ada benda pun nak beli.
Kedek kedek kedek kaki berlari turun foyer. Barisan tak panjang lagi.
2.20 pm.
2.25 pm.
2.30 pm. (ini waktu sebenar boleh outing)
2.35 pm.
"Haisy, mana warden ni?"
"Warden kan tak ada, diorang pergi Family Day la. Dahlah, kita bagi je kad outing dekat Kak Siti Nur."
-Senior Form 2
Semua orang serbu Kak Siti Nur (Form 4, Badan Wakil Pelajar, Biro Puteri). Kad outing bertimbun di tangannya. Saya? Of course terjebak sama.
Hujan turun merintik-rintik. Van yang nak bawa budak outing mula masuk perkarangan maktab. Tahan satu van, naik ramai-ramai.
"Pakcik, nak pergi Billion."
"Okey, naik."
Van hampir penuh.
"Korang! Boleh tunggu tak? Tu, Kak Dil (Vice President Lembaga Disiplin Pelajar) jerit suruh tunggu, warden on the way."
Kami saling berpandangan. Dah naik van, takkan nak turun balik. "Macam mana ni?"
"Ala, lantaklah. Jom jalan."
Serba salah rasa hati. Tapi logiklah, takkanlah nak turun balik.. kesian pakcik tu.
Setelah outing...
Kedek kedek kedek pergi pondok pak guard, cari kad outing.
"Tak adalah."
"Argh.. entah-entah dekat ketua warden."
"Alaa, bukan salah kita. Kak Siti Nur yang ambik kad outing kita."
"Kita yang bagi."
"Alaa, rileklah. Bukan kita yang salah."
Malam itu.
"Kak Siti Nur, mana kad outing kitorang?"
"Oh, dah ada dekat wardenlah." - Kak Siti Nur.
Jeng jeng jeng... Minggu berikutnya.
"Siapa yang kad outing kena ambik masa pulang bermalam hari tu, pergi rumah Miss Izzah (warden)"
Ramai-ramai kita serbu.
Tok tok tok. "Assalamu'alaikum..."
Tok tok tok. "Assalamu'alaikum..."
"Mana teacher ni? Petang ni ada game volley Loistava (batch Form 1) vs. X-Gen (batch Form 2).."
"Wait, aku dengar someone dekat dalam, macam bunyi orang selsema, you know.."
"Assalamu'alaikum...."
Krik... pintu terkuak. "Waalaikumussalam.."
"Teacher..."
"Awak tahu apa kesalahan awak?"
"Err... keluar tanpa kebenaran warden."
"Teacher, tapi Kak Siti Nur yang ambil kad outing kitorang! Dia tak cakap apa-apa pun."
"Dah, awak yang bagi banyak-banyak dekat dia. Kesian dia."
"Tapi, akak form 2 yang suruh!"
"I'll meet her later. So, apa hukuman awak?"
"Erm.. tak boleh outing minggu ni?"
"No. Awak kena buat 30 amalan kebaikan. Tolong cikgu atau kemaskan aras, dan dapatkan tandatangan."
"Tak ada discount ke?"
"No! Saya tambah lagi nanti!"
"Bila kena hantar?"
"This weekend, kalau boleh. Kalau tak, selagi awak tak hantarlah awak tak boleh outing."

Bermulalah misi mengumpul tandatangan. Bermulalah misi OPS 30 AMALAN KEBAIKAN. Dengan itu, ramai cikgu dapat PA secara free. Aras asrama ternyata lebih bersih. By the end of the week.. alhamdulillah, lengkap 30 Amalan Kebaikan. Minus keikhlasan.

Sekian, terima kasih. Kbyez.

Monday, August 5, 2013

Ramadhan MARESMAWIAN Style.

Salam Ramadhan Kareem semua...

Saya sepatutnya tengah cari bahan untuk Ecosphere (science exhibition anjuran Biology & English Unit bulan September ni yang menyumbang 10% each untuk finals English & Bio semester ni) tapi entah macam mana saya tersesat di sini.

Jadi saya nak cerita sikit pasal pengalaman menyambut Ramadhan berjauhan dengan family. But then, kawan-kawan dekat MRSM Langkawi pun family jugak. Saudara seIslam. Ah, cukuplah merepek. STRAIGHT TO THE POIIIINTT!!

Sahur... 
Jarang-jarang dapat bersahur. *sniff sniff sob sob* Terpaksa menahan lapar sampai berbuka. Sebab musabab utama tak sahur ialah... tak bangun. Yelah yelah, saya yang salah. Tapi bukan saya sengaja. Dah ditakdirkan saya seorang yang liat nak bangun, nak buat macam mana? Walaupun abah call 4 kali nak kejut, tak bangun juga. Walaupun calon Badan Wakil Pelajar 13/14 ketuk ketuk tin dekat luar, tak bangun juga. Walaupun ketua aras ketuk-ketuk pintu, tak bangun juga. Kalau bangun pun, pergi Dewan Selera, tengok lauk terus rasa nak menangis. i.e. ikan goreng jaket dalam kuah kicap cair gila nak mati. Berikut adalah usaha untuk bangun sahur.
Tolong Kejut Kami untuk Bangun Sahur, Please? *muka comel* -TQ 
 Bazaar.. 
Astaghfirullah... bazaar ni jugak yang blogger ni pentingkan. Manalah tak gemuk. Patut pun nama dia bazaar, dah dekat-dekat dengan bazir. Saya addicted gila dengan bazaar ni, setiap hari saya pergi. Belanja at least seringgit tapi dah letak bajet RM2 je sehari. Tergugat jugaklah dengan bazaar nih. Bazaar ni budak-budak jugak yang handle, dekat Dataran Hijau je. Tapi macam-macamnya ada.. dadih, roti john, moist cake, kebab, murtabak, maggi goreng, burger dan baaaaaanyak lagi.  

Tolonglah insaf. Firman Allah s.w.t.: 
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.                            (Surah Al-Isra, ayat 27) 

Iftar...  
Nasib seorang junior. Form One meja paling hujung, paling terpinggir, paling sempit. Kisah pulak, IT'S IFTAR BEYBEH! Menu memang sedap-sedap. Nasi ayam, nasi beriyani, nasi tomato, nasi minyak semua ada. Masak kicap, masak kurma, masak merah, masak dalca lengkap. Ayam golek pun ada. Kuih kasui, pau, karipap, ketayap tak payah cakap. Agar-agar, puding, jeli, aiskrim, siap! Meleleh tak air liur korang? Sekolah korang ada?  






Tarawikh... 
Ramadhan memang sinonim dengan tarawikh. Of courselah ada. Dekat sini, tarawikh 8 rakaat dan witir 3 rakaat berimamkan ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu maktab ni juga. Habis tarawikh, wirid semua, ada tadarus Al-Qur'an secara berkumpulan. 

Aktiviti lain? 
Tazkirah oleh tetamu jemputan dekat Dewan Besar. Isyak dan tarawikh pun dekat DB. Itu bermakna ada air-cond. Dekat surau pun sebenarnya ada air-cond, tapi lelaki je boleh bukak. Kalau bukak air-cond dekat bahagian perempuan, nanti black-out. Siapakan tetamu jemputan tu?  

Jeng jeng jeng.. 





 

Tak jelas? Tak apa, tak apa. 

 

Ini dia... IMAM MUDA ASYRAF!  

Okay, cukuplah kali ni. Selamat Memanfaatkan Hari-hari Terakhir Ramadan Tahun Ini! Salam sayang semua!


Friday, July 12, 2013

TT... LIGHTS OFF!

Salam Ramadhan sekalian blogwalkers!

Pukul 11.30... "TT! LIGHTS OFF! ARAS SATU ARAS DUA ARAS TIGA TUTUP LAMPU KELUAR BILIK!"
*capai tuala untuk tutup kepala, capai Al-Qur'an tafsir, padamkan lampu, duduk bersila depan pintu bilik*

Kali ni saya nak share apa yang pelajar puteri MRSM Langkawi baca masa lights off. Bolehlah kita semua amalkan sebelum tidur, okay?

1. Al-Fatihah 
2. Surah Al-An'am, ayat 1-4 
3. Surah Al-Mulk 
4. Ayat Kursi 
5. Surah Al-Ikhlas 
6. Surah Al-Falaq 
7. Surah An-Nas 
8. Do'a ibu bapa 
9. Do'a tidur 
10. Do'a kesejahteraan dunia akhirat (رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ)
11. Asma'ul husna 
12. Ikrar   (رضيت بالله ربا و بالإسلام ديناو بمحمد صلى الله عليه وسلمنبيا ورسولا)  
13. Mengucap 2 kalimah syahadah 

Itu je yang saya nak share kali ni. Selamat beribadat semua!

p.s. esok balik maktab.


Wednesday, July 10, 2013

Tragedi Malam Ramadhan

Salam Ramadhan semua...

Apa khabar iman korang hari ni? Alhamdulillah, sampai juga kita kepada bulan mulia ni...^_^
Okay, hari ni saya nak cerita pasal tragedi malam Ramadhan. Jom kita hayati bersama...(ceh!)

9 Julai 2013 

"Berapa ek, pakcik?"
"6 ringgit je dik. Tulah, kalau adik naik dengan orang tua tu tadi, dia caj 8 ringgit. Nasib baik naik dengan pakcik."
(senyum, lepas tu turun van, masuk airport)
"Kita nak pergi mana ni dulu?" tanya Aisyah.
"Pegi sana kejap, aku nak check in." Saya melangkah ke check-in kiosk Air Asia. Tet tot tet tot tekan tekan maka boarding pass selesai dicetak.
"Eh, kejap. Aku nak cucuk duit," kata Aisyah. Tet tot tet tot tekan itu ini keluarlah duit. Senangnya hidup masa kini.
"Nak pergi Marrybrown ke?" tanya Ain.
"Kejap kejap, (banyak benor kejapnya dalam cerita ni kan? sabor je la korang ye) nak singgah kedai ni. Nak cari krim gamat."
Malangnya dekat kedai tak boleh tet tot tet tot keluar krim gamat. Kena tawaf keliling kedai cari dan tadaaa... tak jumpa.
"Okeyla, jom pergi Marrybrown."
Dua mangkuk bubur nasi, semangkuk mi kari dan 3 cawan Mountain Dew dah ada atas meja. Slurp slurp slup dah pukul 5 something.
"Ain, cepat! Kita nak kena solat lagi ni." Saya dan Ain sama flight, Air Asia pukul 6. Aisyah naik MAS, 7 berapa entah.
Selesai solat. "Cepat, dah pukul 5.45 ni!"
Lari lari lari pergi gate. Dah scan semua... tapi kenapa sunyi semacam. Tak ada orang langsung dekat gate tu.
"Adik, adik ni naik flight pukul berapa ni dik?"
"Er... AirAsia pukul 6."
"Eh! Tu!" Encik security guard tunjuk ke arah sliding door. Nah, ada kapal terbang dekat situ.
Jantung dah berdegup terlebih laju.
"Akak, akak boleh naik lagi tak AirAsia pukul 6?" Ain dah kalut tanya pramugari.
"Tak boleh lah dik, gate dah tutup."
OH NOOOOOO!!! TERLEPAS FLIGHT WEYH!!!
"Awat mai lewat sangat? Patut sejam awai dah kena ada dah." Puan security guard tanya.
"Err... tadi pergi makan, solat lagi.. " Mata dah berair, dah panik gila time tu.
"Adik kena beli tiket baru la ni. Cuba pergi kaunter AirAsia, kot kot student boleh dapat harga murah."-Encik Security Guard.
Saya terus capai beg, bergegas keluar. Kisah pulak metal detector tu bising. Sempat pulak encik security guard tu cakap, "Adik, beg biru hitam (saya lah tu) nanti jangan lupa keluarkan gunting!" Erk...
Panik gila pergi kaunter AirAsia dengan menangis-nangisnya, "Saya terlepas flight pukul 6 tadi, next flight ke KL pukul berapa?"
"8.20 malam." HAH?! Tapi dalam hati je la.
"Berapa harga tiket?"
Tet tot tet tot dia tekan kalkulator. "RM180."
"Kejap."
"Ain, awak nak beli tak?"
"Haa.. entah lah..."
Calling calling parents. Setelah dileter, akhirnya setuju jugak nak beli. Baru nak pergi..
"Adik, adik berdua ni yang terlepas flight pukul 6 tu ke?" -Makcik petugas AirAsia.
Wah, feymes jugak kitorang ni. Angguk.
"AirAsia ada flight pukul 8.20 nanti. Nanti makcik tukarkan tiket korang, tak payah bayar. Pukul 6.30 nanti pergi ambik boarding pass dekat kaunter 5 atau 6."
"Terima kasih." Ya, saya tak pandai sangat nak susun ayat berbunga-bunga.
Sementara menunggu pukul 6.30, pergi la beli waffito classic. Akak Daily Fresh tu tanya. "Macam mana boleh terlepas flight dik?" Feymesnya kitorang.
Lepas beli, saya dudukla makan. Makcik yang duduk sebelah saya tanya, "Adik ni terlepas flight ye?" Glamor, glamor.
Nenonenoneno incoming message from Aisyah yang dah tahu kitorang terlepas flight dan dah masuk gate.
- Polis2 kt dlm ni semua sebok tanya psl korang. Aq yg kena bebel. Makck tu kata blh solat dkt dlm ni -
Hohoho... teramatlah glamor kitorang ye.
Pukul 6.30. Beratur teramatlah panjang.
"Ain, cuba awak tengok, makcik tu ada tak dekat kaunter tu?"
"Awak, tu lelaki lah."
"Ha? Mana makcik tu?"
"Tak adelah awak..."
Berlari balik ke kaunter AirAsia. Makcik tu tak ada. 2nd Panic Attack!
"Awak, tak adaa!"
"Awak ni cuba la positif sikit. Kita pun rasa macam nak tampar je awak. Asyik nangis je. Nanti kita tanya la abang tu." -Ain.
Sampai depan kaunter. Okay, dia uruskan tiket kitorang. Punyelah berzaman kitorang tunggu dia uruskan. 30 minit kemudian barulah kitorang dapat boarding pass kitorang. Terus check in masuk gate.
Alhamdulillah, dapat jugak naik flight tu. Hot seat lagi. Ada hikmah di sebalik kejadian.... sampai rumah juga akhirnya.

Moral value: Jangan melengah-lengahkan masa. Masuk gate awal-awal. 

Friday, March 22, 2013

PROUD 2 BE A MARESMAWIAN!

Salam sayang semua... (ampun dah lama gila nak mati tak update bloggie ni)

Kenapa dah lama tak update? Kan saya dah cakap, saya pergi MRSM, jadi tak ada masa nak online. Just in case you guys were wondering (bajet English, mentang-mentanglah first batch IGSCE), Maresmawian tu maksudnya student MRSM Langkawi.

Minggu Orientasi
Jeng jeng jeng... minggu yang kononnya penuh derita! Tak pun. (cuma derita bila kena dengar segala macam taklimat) Malah, minggu orientasi la yang paling best! Rasanya program yang paling gempak sekali bila Explorace bersama Pembimbing Rakan Sebaya. Ada satu part tu, kena bawa bola ping-pong yang dicelup dalam telur mentah+tepung dan bola pingpong atas bat dia... saya gagal. Dendanya, cuci muka guna campuran telur+tepung+air yang menggelikan tu... tapi tak apa, bau macam pancake. Yang teruk masa kena susun huruf membentuk perkatan, sambil-sambil kitorang buat tu, kena spray dengan telur tembelang.... ya Allah, busuk gila! Tapi yang tu jugak yang paling best.

Minggu Aktiviti
Inilah minggu di mana kitorang tak payah belajar (yeay!) tapi ada banyak aktiviti. Tahun ni, ada SuPer (Sukan Permainan) kiranya macam Hari Sukan la jugak tapi tak ada olahraga. Saya sebagai ahli Venus (rumah biru) yang bersemangat..... tak menyertai mana-mana acara yang dipertandingkan. Saya bukan jenis manusia yang bersukan. Jadi saya pergilah tengok semua acara, sorak-sorak sikit. Last-last, Venus dapat nombor dua.

Dah sekolah dekat Langkawi, setiap kali balik cuti, ni la jawabnya.
Okay, dah malas nak taip. Tunggulah cuti semester bulan Mei nanti, agaknya masa tu baru saya update lagi blog ni. Assalamu'alaikum semua!

Monday, January 7, 2013

Ayuh Sebentar...


Assalamu'alaikum semua....

Kepada orang yang sedang membaca entri ni, (yes, that's you), if you're a Muslim, jom luangkan masa kejap berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Pause kejap background music bloggie ni. Tak lama pun, lebih kurang empat minit setengah je.


Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )


Biten Chocolate Bar