Pages

Wednesday, July 10, 2013

Tragedi Malam Ramadhan

Salam Ramadhan semua...

Apa khabar iman korang hari ni? Alhamdulillah, sampai juga kita kepada bulan mulia ni...^_^
Okay, hari ni saya nak cerita pasal tragedi malam Ramadhan. Jom kita hayati bersama...(ceh!)

9 Julai 2013 

"Berapa ek, pakcik?"
"6 ringgit je dik. Tulah, kalau adik naik dengan orang tua tu tadi, dia caj 8 ringgit. Nasib baik naik dengan pakcik."
(senyum, lepas tu turun van, masuk airport)
"Kita nak pergi mana ni dulu?" tanya Aisyah.
"Pegi sana kejap, aku nak check in." Saya melangkah ke check-in kiosk Air Asia. Tet tot tet tot tekan tekan maka boarding pass selesai dicetak.
"Eh, kejap. Aku nak cucuk duit," kata Aisyah. Tet tot tet tot tekan itu ini keluarlah duit. Senangnya hidup masa kini.
"Nak pergi Marrybrown ke?" tanya Ain.
"Kejap kejap, (banyak benor kejapnya dalam cerita ni kan? sabor je la korang ye) nak singgah kedai ni. Nak cari krim gamat."
Malangnya dekat kedai tak boleh tet tot tet tot keluar krim gamat. Kena tawaf keliling kedai cari dan tadaaa... tak jumpa.
"Okeyla, jom pergi Marrybrown."
Dua mangkuk bubur nasi, semangkuk mi kari dan 3 cawan Mountain Dew dah ada atas meja. Slurp slurp slup dah pukul 5 something.
"Ain, cepat! Kita nak kena solat lagi ni." Saya dan Ain sama flight, Air Asia pukul 6. Aisyah naik MAS, 7 berapa entah.
Selesai solat. "Cepat, dah pukul 5.45 ni!"
Lari lari lari pergi gate. Dah scan semua... tapi kenapa sunyi semacam. Tak ada orang langsung dekat gate tu.
"Adik, adik ni naik flight pukul berapa ni dik?"
"Er... AirAsia pukul 6."
"Eh! Tu!" Encik security guard tunjuk ke arah sliding door. Nah, ada kapal terbang dekat situ.
Jantung dah berdegup terlebih laju.
"Akak, akak boleh naik lagi tak AirAsia pukul 6?" Ain dah kalut tanya pramugari.
"Tak boleh lah dik, gate dah tutup."
OH NOOOOOO!!! TERLEPAS FLIGHT WEYH!!!
"Awat mai lewat sangat? Patut sejam awai dah kena ada dah." Puan security guard tanya.
"Err... tadi pergi makan, solat lagi.. " Mata dah berair, dah panik gila time tu.
"Adik kena beli tiket baru la ni. Cuba pergi kaunter AirAsia, kot kot student boleh dapat harga murah."-Encik Security Guard.
Saya terus capai beg, bergegas keluar. Kisah pulak metal detector tu bising. Sempat pulak encik security guard tu cakap, "Adik, beg biru hitam (saya lah tu) nanti jangan lupa keluarkan gunting!" Erk...
Panik gila pergi kaunter AirAsia dengan menangis-nangisnya, "Saya terlepas flight pukul 6 tadi, next flight ke KL pukul berapa?"
"8.20 malam." HAH?! Tapi dalam hati je la.
"Berapa harga tiket?"
Tet tot tet tot dia tekan kalkulator. "RM180."
"Kejap."
"Ain, awak nak beli tak?"
"Haa.. entah lah..."
Calling calling parents. Setelah dileter, akhirnya setuju jugak nak beli. Baru nak pergi..
"Adik, adik berdua ni yang terlepas flight pukul 6 tu ke?" -Makcik petugas AirAsia.
Wah, feymes jugak kitorang ni. Angguk.
"AirAsia ada flight pukul 8.20 nanti. Nanti makcik tukarkan tiket korang, tak payah bayar. Pukul 6.30 nanti pergi ambik boarding pass dekat kaunter 5 atau 6."
"Terima kasih." Ya, saya tak pandai sangat nak susun ayat berbunga-bunga.
Sementara menunggu pukul 6.30, pergi la beli waffito classic. Akak Daily Fresh tu tanya. "Macam mana boleh terlepas flight dik?" Feymesnya kitorang.
Lepas beli, saya dudukla makan. Makcik yang duduk sebelah saya tanya, "Adik ni terlepas flight ye?" Glamor, glamor.
Nenonenoneno incoming message from Aisyah yang dah tahu kitorang terlepas flight dan dah masuk gate.
- Polis2 kt dlm ni semua sebok tanya psl korang. Aq yg kena bebel. Makck tu kata blh solat dkt dlm ni -
Hohoho... teramatlah glamor kitorang ye.
Pukul 6.30. Beratur teramatlah panjang.
"Ain, cuba awak tengok, makcik tu ada tak dekat kaunter tu?"
"Awak, tu lelaki lah."
"Ha? Mana makcik tu?"
"Tak adelah awak..."
Berlari balik ke kaunter AirAsia. Makcik tu tak ada. 2nd Panic Attack!
"Awak, tak adaa!"
"Awak ni cuba la positif sikit. Kita pun rasa macam nak tampar je awak. Asyik nangis je. Nanti kita tanya la abang tu." -Ain.
Sampai depan kaunter. Okay, dia uruskan tiket kitorang. Punyelah berzaman kitorang tunggu dia uruskan. 30 minit kemudian barulah kitorang dapat boarding pass kitorang. Terus check in masuk gate.
Alhamdulillah, dapat jugak naik flight tu. Hot seat lagi. Ada hikmah di sebalik kejadian.... sampai rumah juga akhirnya.

Moral value: Jangan melengah-lengahkan masa. Masuk gate awal-awal. 

No comments:

Post a Comment

Biten Chocolate Bar