Pages

Monday, August 5, 2013

Ramadhan MARESMAWIAN Style.

Salam Ramadhan Kareem semua...

Saya sepatutnya tengah cari bahan untuk Ecosphere (science exhibition anjuran Biology & English Unit bulan September ni yang menyumbang 10% each untuk finals English & Bio semester ni) tapi entah macam mana saya tersesat di sini.

Jadi saya nak cerita sikit pasal pengalaman menyambut Ramadhan berjauhan dengan family. But then, kawan-kawan dekat MRSM Langkawi pun family jugak. Saudara seIslam. Ah, cukuplah merepek. STRAIGHT TO THE POIIIINTT!!

Sahur... 
Jarang-jarang dapat bersahur. *sniff sniff sob sob* Terpaksa menahan lapar sampai berbuka. Sebab musabab utama tak sahur ialah... tak bangun. Yelah yelah, saya yang salah. Tapi bukan saya sengaja. Dah ditakdirkan saya seorang yang liat nak bangun, nak buat macam mana? Walaupun abah call 4 kali nak kejut, tak bangun juga. Walaupun calon Badan Wakil Pelajar 13/14 ketuk ketuk tin dekat luar, tak bangun juga. Walaupun ketua aras ketuk-ketuk pintu, tak bangun juga. Kalau bangun pun, pergi Dewan Selera, tengok lauk terus rasa nak menangis. i.e. ikan goreng jaket dalam kuah kicap cair gila nak mati. Berikut adalah usaha untuk bangun sahur.
Tolong Kejut Kami untuk Bangun Sahur, Please? *muka comel* -TQ 
 Bazaar.. 
Astaghfirullah... bazaar ni jugak yang blogger ni pentingkan. Manalah tak gemuk. Patut pun nama dia bazaar, dah dekat-dekat dengan bazir. Saya addicted gila dengan bazaar ni, setiap hari saya pergi. Belanja at least seringgit tapi dah letak bajet RM2 je sehari. Tergugat jugaklah dengan bazaar nih. Bazaar ni budak-budak jugak yang handle, dekat Dataran Hijau je. Tapi macam-macamnya ada.. dadih, roti john, moist cake, kebab, murtabak, maggi goreng, burger dan baaaaaanyak lagi.  

Tolonglah insaf. Firman Allah s.w.t.: 
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.                            (Surah Al-Isra, ayat 27) 

Iftar...  
Nasib seorang junior. Form One meja paling hujung, paling terpinggir, paling sempit. Kisah pulak, IT'S IFTAR BEYBEH! Menu memang sedap-sedap. Nasi ayam, nasi beriyani, nasi tomato, nasi minyak semua ada. Masak kicap, masak kurma, masak merah, masak dalca lengkap. Ayam golek pun ada. Kuih kasui, pau, karipap, ketayap tak payah cakap. Agar-agar, puding, jeli, aiskrim, siap! Meleleh tak air liur korang? Sekolah korang ada?  






Tarawikh... 
Ramadhan memang sinonim dengan tarawikh. Of courselah ada. Dekat sini, tarawikh 8 rakaat dan witir 3 rakaat berimamkan ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu maktab ni juga. Habis tarawikh, wirid semua, ada tadarus Al-Qur'an secara berkumpulan. 

Aktiviti lain? 
Tazkirah oleh tetamu jemputan dekat Dewan Besar. Isyak dan tarawikh pun dekat DB. Itu bermakna ada air-cond. Dekat surau pun sebenarnya ada air-cond, tapi lelaki je boleh bukak. Kalau bukak air-cond dekat bahagian perempuan, nanti black-out. Siapakan tetamu jemputan tu?  

Jeng jeng jeng.. 





 

Tak jelas? Tak apa, tak apa. 

 

Ini dia... IMAM MUDA ASYRAF!  

Okay, cukuplah kali ni. Selamat Memanfaatkan Hari-hari Terakhir Ramadan Tahun Ini! Salam sayang semua!


No comments:

Post a Comment

Biten Chocolate Bar