Salam sayang semua..
Ini adalah sebuah kisah benar mengenai hukuman 30 Amalan Kebaikan. Alkisah bermula pada Jumaat, 27 September 2013...
"Cepat, nanti beratur panjang!"
Fenomena biasa bila nak outing. Kalau lambat, naya la beratur panjang nak dapatkan tandatangan warden sebelum keluar.
"Ala, tak ramai kot. Orang pulang bermalam."
2 hari setengah je cuti, rumah dahlah jauh, memang tak pulang bermalamlah saya. Jadi mestilah nak outing, lepas gian tak balik walaupun sebenarnya tak ada benda pun nak beli.
Kedek kedek kedek kaki berlari turun foyer. Barisan tak panjang lagi.
2.20 pm.
2.25 pm.
2.30 pm. (ini waktu sebenar boleh outing)
2.35 pm.
"Haisy, mana warden ni?"
"Warden kan tak ada, diorang pergi Family Day la. Dahlah, kita bagi je kad outing dekat Kak Siti Nur."
-Senior Form 2
Semua orang serbu Kak Siti Nur (Form 4, Badan Wakil Pelajar, Biro Puteri). Kad outing bertimbun di tangannya. Saya? Of course terjebak sama.
Hujan turun merintik-rintik. Van yang nak bawa budak outing mula masuk perkarangan maktab. Tahan satu van, naik ramai-ramai.
"Pakcik, nak pergi Billion."
"Okey, naik."
Van hampir penuh.
"Korang! Boleh tunggu tak? Tu, Kak Dil (Vice President Lembaga Disiplin Pelajar) jerit suruh tunggu, warden on the way."
Kami saling berpandangan. Dah naik van, takkan nak turun balik. "Macam mana ni?"
"Ala, lantaklah. Jom jalan."
Serba salah rasa hati. Tapi logiklah, takkanlah nak turun balik.. kesian pakcik tu.
Setelah outing...
Kedek kedek kedek pergi pondok pak guard, cari kad outing.
"Tak adalah."
"Argh.. entah-entah dekat ketua warden."
"Alaa, bukan salah kita. Kak Siti Nur yang ambik kad outing kita."
"Kita yang bagi."
"Alaa, rileklah. Bukan kita yang salah."
Malam itu.
"Kak Siti Nur, mana kad outing kitorang?"
"Oh, dah ada dekat wardenlah." - Kak Siti Nur.
Jeng jeng jeng... Minggu berikutnya.
"Siapa yang kad outing kena ambik masa pulang bermalam hari tu, pergi rumah Miss Izzah (warden)"
Ramai-ramai kita serbu.
Tok tok tok. "Assalamu'alaikum..."
Tok tok tok. "Assalamu'alaikum..."
"Mana teacher ni? Petang ni ada game volley Loistava (batch Form 1) vs. X-Gen (batch Form 2).."
"Wait, aku dengar someone dekat dalam, macam bunyi orang selsema, you know.."
"Assalamu'alaikum...."
Krik... pintu terkuak. "Waalaikumussalam.."
"Teacher..."
"Awak tahu apa kesalahan awak?"
"Err... keluar tanpa kebenaran warden."
"Teacher, tapi Kak Siti Nur yang ambil kad outing kitorang! Dia tak cakap apa-apa pun."
"Dah, awak yang bagi banyak-banyak dekat dia. Kesian dia."
"Tapi, akak form 2 yang suruh!"
"I'll meet her later. So, apa hukuman awak?"
"Erm.. tak boleh outing minggu ni?"
"No. Awak kena buat 30 amalan kebaikan. Tolong cikgu atau kemaskan aras, dan dapatkan tandatangan."
"Tak ada discount ke?"
"No! Saya tambah lagi nanti!"
"Bila kena hantar?"
"This weekend, kalau boleh. Kalau tak, selagi awak tak hantarlah awak tak boleh outing."
Bermulalah misi mengumpul tandatangan. Bermulalah misi OPS 30 AMALAN KEBAIKAN. Dengan itu, ramai cikgu dapat PA secara free. Aras asrama ternyata lebih bersih. By the end of the week.. alhamdulillah, lengkap 30 Amalan Kebaikan. Minus keikhlasan.
Sekian, terima kasih. Kbyez.