Hari Kedua yang Gila Cool!!!
Hari yang memang best! Pagi tu, ada senaman. Kebetulan, saya makan agak lama berbanding orang lain (huhuhu) jadi lepas makan orang lain semua dah pergi ke tempat yang tidak diketahui. Saya pun pergilah mencari orang lain. Dalam dewan, tak ada orang. Jadi saya jalan terus... dan itu dia. Dah nampak semua orang lain. Di tempat yang sangat indah... pantai yang banyak kerang... pemandangan yang cantik... cieewahh!
Lepas senaman, ada Maths Magic. Cikgu cakap Matematik itu ilmu menyelesaikan masalah. Jadi dia bagi setiap kumpulan sebiji telur, cello tape, satu getah, dan 2 belon. Kena buat bagi telur tu apabila dijatuhkan dari tempat yang tinggi, tak pecah. Kumpulan saya berjaya membuat rekaan yang bagus... tapi belonnya pecah! Jadi telur kumpulan kami pun pecah lepas dijatuhkan. Tahu tak apa dendanya? Huhuu... cikgu ambil telur yang agak busuk tu, dan dilumur pada muka kami!!! (Tapi kan, lepas tu, kulit wajah jadi lembut...)
Ada pula Science Explorace. Oh, memang menarik! Macam The Amazing Race pun ada. Aduh, banyak betul benda berkaitan Sains yang kami kena buat. Waktu mencari pita pengukur, kami lari ke sini dan ke sana sampai penat. Akhirnya jumpa juga. Wah, kumpulan kami berjaya dapat nombor 4! Kira okeylah tu. Sebab kami sebenarnya banyak mengelat.
Best gila Jungle Trekking!!! Panjat sini, panjat sana... bukit dia memang curam. Sampai jatuh pun ada. Saya rasa jari saya ada yang kena selumbar tapi tak apalah. Rasa macam peneroka hutan! Penat juga... Petang tu pula, riadah. Kami bebas ke mana-mana! Saya pergi kedai cenderahati dan beli keychain yang sangat comel dan ada nama saya atasnya-Mia! Lepas tu ada kawan saya cakap nak pergi Telaga Emas. Kakak dekat kedai tu cakap macam ni. "Telaga Emas? Eh, ada benda ikut balik nanti..." Kawan saya yang blurr tanya, " Benda apa?" Kakak tu pun jawab, "Ni kampung, dik. Faham-fahamlah..." Jadi saya pun tak pergi. Tapi tetap jalan-jalan keliling kampung. Memang seronok dan tenang hati...Malam tu ada kelas tambahan macam biasa...
Hari Ketiga dan Terakhir...
Pagi tu celik-celik je mata, terdengar suara orang merungut. Suasana agak kecoh. Kenapa? TAK ADA ELEKTRIK! Semua orang bangun lambat. Susah betul nak mandi. Tapi akhirnya kami pun berjaya menyiapkan diri dan pergi ke kelas. Lepas habis kelas, kami bersedia untuk tidur. Ehh.. silap. Untuk balik... meninggalkan Pulau Aman. Kami pun balik dengan bot sambil melambai ke arah Pulau Aman. Masing-masing sedih tapi gembira sebab dah boleh balik. Selamat tinggal Pulau Aman! Daku masih merinduimu!!!
* maaflah, tak ada gambar, saya tak bawa kamera pergi sana. Tapi kalau saya bawa pun, saya tak rasa saya akan upload. Kalau tak, rosaklah identiti rahsia saya!!! Salam sayang semua...