Dankie - شكرا - Շնորհակալություն - sağ olun - Eskerrik asko - Дзякуй - তোমাকে ধন্যবাদ - благодаря - gràcies - 谢谢 - 謝謝 - hvala - děkuji - Tak - dank u - Thank you - Dankon - aitäh - salamat - kiitos - merci - Grazas - დიდი მადლობა - Danke - σας ευχαριστώ - આભાર - Mèsi poutèt ou - תודה - शुक्रिया - köszönöm - Þakka þér - terima kasih - Go raibh maith agat - grazie - ありがとう - ಧನ್ಯವಾದಗಳು - 감사합니다 - gratias - paldies - ačiū - ви благодариме - terima kasih - Grazzi - Takk - با تشکر از شما - dziękuję - obrigado - mulţumesc - спасибо - хвала - ďakujem - Hvala - Gracias - Asante - Tack - நன்றி - ధన్యవాదాలు - ขอบคุณ - teşekkür ederim - Спасибо - آپ کا شکریہ - cảm ơn bạn - Diolch yn fawr - אַ דאַנק
*sumber = Google Translate a.k.a Encik Serba Tahu
Amboi! Bukan main lagi ya saya dalam entri ni! Banyak betul bahasa. Sebenarnya cuma beberapa je yang saya faham. Untuk siapa semua ucapan terima kasih? Kepada sesiapa sahaja yang rasa saya perlu ucapkan terima kasih kepadanya lah... Assalamu'alaikum semua!
Friday, June 15, 2012
Saturday, June 9, 2012
PULAU AMAN... Part II
Hari Kedua yang Gila Cool!!!
Hari yang memang best! Pagi tu, ada senaman. Kebetulan, saya makan agak lama berbanding orang lain (huhuhu) jadi lepas makan orang lain semua dah pergi ke tempat yang tidak diketahui. Saya pun pergilah mencari orang lain. Dalam dewan, tak ada orang. Jadi saya jalan terus... dan itu dia. Dah nampak semua orang lain. Di tempat yang sangat indah... pantai yang banyak kerang... pemandangan yang cantik... cieewahh!
Lepas senaman, ada Maths Magic. Cikgu cakap Matematik itu ilmu menyelesaikan masalah. Jadi dia bagi setiap kumpulan sebiji telur, cello tape, satu getah, dan 2 belon. Kena buat bagi telur tu apabila dijatuhkan dari tempat yang tinggi, tak pecah. Kumpulan saya berjaya membuat rekaan yang bagus... tapi belonnya pecah! Jadi telur kumpulan kami pun pecah lepas dijatuhkan. Tahu tak apa dendanya? Huhuu... cikgu ambil telur yang agak busuk tu, dan dilumur pada muka kami!!! (Tapi kan, lepas tu, kulit wajah jadi lembut...)
Ada pula Science Explorace. Oh, memang menarik! Macam The Amazing Race pun ada. Aduh, banyak betul benda berkaitan Sains yang kami kena buat. Waktu mencari pita pengukur, kami lari ke sini dan ke sana sampai penat. Akhirnya jumpa juga. Wah, kumpulan kami berjaya dapat nombor 4! Kira okeylah tu. Sebab kami sebenarnya banyak mengelat.
Best gila Jungle Trekking!!! Panjat sini, panjat sana... bukit dia memang curam. Sampai jatuh pun ada. Saya rasa jari saya ada yang kena selumbar tapi tak apalah. Rasa macam peneroka hutan! Penat juga... Petang tu pula, riadah. Kami bebas ke mana-mana! Saya pergi kedai cenderahati dan beli keychain yang sangat comel dan ada nama saya atasnya-Mia! Lepas tu ada kawan saya cakap nak pergi Telaga Emas. Kakak dekat kedai tu cakap macam ni. "Telaga Emas? Eh, ada benda ikut balik nanti..." Kawan saya yang blurr tanya, " Benda apa?" Kakak tu pun jawab, "Ni kampung, dik. Faham-fahamlah..." Jadi saya pun tak pergi. Tapi tetap jalan-jalan keliling kampung. Memang seronok dan tenang hati...Malam tu ada kelas tambahan macam biasa...
Hari Ketiga dan Terakhir...
Pagi tu celik-celik je mata, terdengar suara orang merungut. Suasana agak kecoh. Kenapa? TAK ADA ELEKTRIK! Semua orang bangun lambat. Susah betul nak mandi. Tapi akhirnya kami pun berjaya menyiapkan diri dan pergi ke kelas. Lepas habis kelas, kami bersedia untuk tidur. Ehh.. silap. Untuk balik... meninggalkan Pulau Aman. Kami pun balik dengan bot sambil melambai ke arah Pulau Aman. Masing-masing sedih tapi gembira sebab dah boleh balik. Selamat tinggal Pulau Aman! Daku masih merinduimu!!!
* maaflah, tak ada gambar, saya tak bawa kamera pergi sana. Tapi kalau saya bawa pun, saya tak rasa saya akan upload. Kalau tak, rosaklah identiti rahsia saya!!! Salam sayang semua...

Friday, June 1, 2012
PULAU AMAN... Part I
Rindunya Pulau Aman! For your information, saya pergi Kem Bina Diri anjuran sekolah dekat 'Island of Peace' ni awal cuti sekolah yang lepas ni. 3 hari 2 malam yang sangan AMAN! Oh... samudera yang indahnya tak boleh digambarkan dengan kata-kata, dan ada pantai yang mempunyai pemandangan yang 'breath-taking'! Ok, daripada saya merepek, baik saya ceritakan pengalaman saya ni ya.
Hari Pertama yang Biasa Bolehlah Agak Menarik
Huh... awal-awal pagi lagi dah kena bangun. Pukul 8 dah kena berkumpul. Masa tu, dalam hati ada taman. Berbunga-bunga! Teruja! Tak sabar! Wow! Okey, saya diserap masuk kumpulan 2, Kumpulan Intelek. Apa maksud intelek pun saya tak tahu. BFF saya, Yayah dan Ayu pun dapat masuk group yang sama.
Lepas tu, naik bas (bukan Shamisha, huhuhu). Hmm... berdekatan pula dengan budak-budak lelaki yang bisingnya mengalahnya haiwan dalam Central Park Zoo. Lepas 1 atau lebih jam perjalanan, kami pun sampai dekat jeti Batu Kawan. Oh, seronoknya! Naik bot! Laju betul sambai air memercik. Wah... jangan cemburu ya dengan pengalaman saya!
Sesampainya di Pulau Aman, saya terkesima! Sebab memang indah ( bagi sayalah). Kami pun pergilah asrama untuk letak barang. (Perempuan duduk asrama, lelaki tinggal di chalet yang cantik! Tak adil!) Asrama yang agak kecil dan sempit, cadar kena pasang sendiri, tapi tetap selesa sebab tilamnya lembut. Lepas tu, kami ada taklimat daripada Tokwan Garang. Sebenarnya dia tu penyelia segala program di Pulau Aman, tapi saya gelar dia Tokwan sebab dia tu suka terpekik-pekik. Menyampah!
Lepas lepak-lepak, ada ceramah motivasi daripada Tokwan tu. Tak habis-habis cakap orang lembab. Menyampah! Menyampah! Huhuhu... Apa-apa je lah... kemudian, malam tu, ada kelas tambahan. Okeylah, agak menarik. Saya tak banyak songeh pasal belajar-belajar ni. Tidur, pukul 11.30. Memang lena.
Nak tahu sambungannya? Nantilah saya sambung lagi. Assalamu'alaikum! Saya cerita pasal yang lain, lain kali ya... teruskan setia bersama blog ini!

Subscribe to:
Posts (Atom)