Salam sayang semua...
Haisy.. saya ni asyik post resepi je. Nak buat macam mana, terlebih rajin di dapur, kan. Okey, saya excuse korang untuk pergi muntah. Dah balik? Maka dengan itu, saya nak share resepi kuih batik pulak.
Pastikan korang ada...
500 g biskut marie
250g butter
2 cawan gula putih
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
2 sudu susu pekat
Cara-caranya....
1. Pecahkan biskut marie, tapi jangan halus sangat.
2. Pukul butter dengan gula sampai sebati.
3. Campurkan koko dengan sedikit air, lepas tu masukkan telur, susu dan gula dengan butter tadi.
4. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana sampai pekat.
5. Tuangkan atas biskut marie dan ratakan.
6. Masukkan dalam loyang kuih dan sejukkan.
Hasilnya....
Thursday, November 28, 2013
Tuesday, November 26, 2013
Pudding Roti
Salam sayang semua...
Sharing is caring. Maka dengan tersebutlah ayat itu, saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan anda satu resepi istimewa iaitu.... *drum roll* PUDDING ROTI! *applause*
Baiklah tuan tuan dan puan puan, meh kita survey sikit bahan-bahannya.
8 keping roti putih (biasanya guna Gardenia)
Susu secukupnya untuk rendam roti (biasanya guna Dutch Lady)
1 biji epal diparut (tak kisahlah nak warna hijau ke merah ke kuning ke sukahatilah)
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur ayam dipukul
1 biji pisang (optional)
Cara-cara nak buat mudah je..
1. Rendam roti dalam susu.
2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan gaulkan sampai roti hancur.
3. Masak atas api sederhana sampai susu kering.
4. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Sekian, terima kasih.

Friday, November 22, 2013
Oatmeal Cookies
Salam sayang semua...
Okay, di sini saya nak share recipe oatmeal cookies yang saya jumpa dan dah ubah suai sikit..
Kita perlukan..
1 cawan tepung gandum
4 sudu besar butter
1/2 cawan gula putih
1/4 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1 1/3 cawan oat
1 biji epal diparut
1/2 cawan kismis/ apa-apa buah kering
Jom buat...
1. Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.
2. Dalam mangkuk lain, pukul butter dengan gula sampai sebati. Kemudian, campurkan brown sugar, telur, epal dan vanila.
3. Gaulkan kedua-dua adunan, dan masukkan oat dan buah kering.
4. Sudukan atas baking sheet/ greased tray.
5. Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 180 C.
SIAPPP!!
Hasilnya...

Subscribe to:
Posts (Atom)