Salam sayang semua...
Sharing is caring. Maka dengan tersebutlah ayat itu, saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan anda satu resepi istimewa iaitu.... *drum roll* PUDDING ROTI! *applause*
Baiklah tuan tuan dan puan puan, meh kita survey sikit bahan-bahannya.
8 keping roti putih (biasanya guna Gardenia)
Susu secukupnya untuk rendam roti (biasanya guna Dutch Lady)
1 biji epal diparut (tak kisahlah nak warna hijau ke merah ke kuning ke sukahatilah)
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur ayam dipukul
1 biji pisang (optional)
Cara-cara nak buat mudah je..
1. Rendam roti dalam susu.
2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan gaulkan sampai roti hancur.
3. Masak atas api sederhana sampai susu kering.
4. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment