Pages

Friday, August 10, 2012

Tutorial Selendang Sempena Hari Raya yang Akan Datang!!!

Assalamu'alaikum semua!
Kali ni saya terlebih rajin sampai online sehingga jam 1.00 pagi! Sebabnya... saya nak cuba ajar anda semua satu stail selendang yang saya cipta. Okey, sebenarnya taklah original sangat, cuma saya ubah sikit dari gaya yang kawan saya ajar. Jom!

Anda perlukan:
10 helai selendang! Hahaha... tipu je. 1 selendang, tak kiralah jenis apa pun. Saya guna pashmina.
2 atau 3 jarum peniti (saya sebenarnya selalu guna kerongsang je)

1. Pakai anak tudung apa-apa je. Saya selalu guna anak tudung Syria.
 

2. Letakkan selendang atas kepala, sebelah pendek, sebelah panjang ikut kesesuaian. 

 

3. Pinkan bahagian panjang ke tepi kepala. 

 

4. Tarik lebihan bahagian panjang tu supaya tutup belakang. Pinkan ke bahu. Tak faham? Okey, model ni, bahagian panjang dia sebelah kiri. Jadi, dia lilit selendang dia  ke belakang kemudian pin ke bahu kanan. 

 

5. Sekarang, bahagian panjang dah siap. Kita uruskan bahagian pendek pula. Bawa bahagian pendek tu ke depan, lepas tu pintal bahagian pendek tu dan simpulkan di bahagian bawah, macam ni. 

 

6. Kalau nak lebih bergaya dan comel, pinkan aksesori, okey? Contohnya, kerongsang, bunga, riben. 

 

Senang je kan? Tapi pastikan selandang tu cukup panjang untuk tutup dada, dan jangan lilit ketat sangat ye. Jangan lupa komen kalau berjaya tau! Assalamu'alaikum semua... :D 




No comments:

Post a Comment

Biten Chocolate Bar